Sabun Basuh

Sabun Basuh

Sabun Basuh Baju, Sabun Basuh Pinggan, Sabun Basuh Kereta dan Sabun Basuh Dobi mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran khususnya di Malaysia. Disebabkan sabun basuh adalah keperluan harian yang wajib ada di sesebuah kediaman, maka adalah sangat bijak sekiranya suri rumah atau pengguna memilih sabun basuh yang benar – benar memberi lebih nilai kepada wang mereka. Ini termasuklah dari aspek “penjimatan” yang boleh diberikan oleh sabun basuh tersebut dan “keberkesanannya” dalam membersihkan kekotoran.

Bagaimana anda boleh menilai keberkesanan sesuatu sabun basuh?

Untuk menilai keberkesanan sesuatu jenis sabun basuh tidak sekadar dengan melihat jenama pada sabun tersebut. Memang tidak dinafikan, sabun basuh yang berharga mahal mendominasi pasaran kerana keberkesanannya. Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi sains kimia pada masa kini, sabun basuh yang berkualiti tinggi boleh dihasilkan pada kadar kos yang rendah. Dengan itu adalah tidak relevan lagi untuk menilai keberkesanan sesuatu jenis sabun basuh itu hanya dengan meletakkan harga dan jenama sebagai kayu ukurnya. Jadi apakah kriteria penilaian yang anda perlu perhatikan sebelum memilih sesuatu jenis sabun basuh?

Sabun Basuh hendaklah mempunyai bau yang tidak terlalu wangi


Wangian yang terlalu kuat menunjukkan bahan kimia dalam sabun basuh tersebut sangat pejal. Ia akan melekat pada baju yang secara tidak langsung akan bersentuhan dengan kulit ketika dipakai. Sabun basuh seperti ini boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit jika digunakan dalam masa yang panjang. Pada kulit manusia terdapat lapisan lelemak yang boleh menghalang toksin daripada meresap ke dalam kulit. Apabila bahan ini dirosakkan oleh sabun basuh maka bahan kimia boleh masuk jauh ke dalam kulit dan merosakkan sel.

2.    Sabun Basuh hendaklah kelihatan pekat.

Sabun basuh boleh diuji kepekatannya dengan menitikkan sedikit sabun basuh tersebut dan lihat pergerakkan titikan tersebut. Sekiranya ia mudah tersebar ke tepi, maksudnya ia kurang pekat. Semakin tinggi kepekatan sabun basuh, maka semakin tinggilah penjimatan yang anda akan perolehi.

3.    Sabun Basuh tidak menghasilkan buih yang banyak

Buih yang banyak dalam sabun basuh dihasilkan oleh bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate dan Ammonium Lauryl Sulfate. Pendedahan yang berterusan ke atas bahan ini boleh menyebabkan kanser kulit.

4.    Pembersihan pada skala biasa

Terdapat sesetengah sabun basuh yang berkuasa pembersihan sangat tinggi. Dengan hanya menitikkan sabun basuh tersebut pada kotoran, maka dengan pantas kotoran hilang. Ini adalah petanda sabun basuh tersebut mempunyai bahan kimia aktif yang bersifat menghakis. Sabun basuh seperti ini menyumbang kepada kerosakan fabric dan penurunan warna pakaian.

Pilih Sabun Basuh dengan molekul kecil

Cara mengetahui sabun basuh yang bermolekul kecil atau tidak adalah dengan cara mengambil 1 sudu makan sabun basuh tersebut kemudian larutkan kedalam 200 ml air selama 1 minit. Seterusnya sila perhatikan hasilnya. Sabun Basuh yang menggunakan bahan kimia bermolekul kecil tidak meninggalkan endapan sebaliknya sabun basuh yang bermolekul kasar memiliki endapan. Endapan ini akan melekat dalam mesin basuh anda yang kemudiannya menjadi punca kerosakan mesin basuh tersebut.

0 comments: