Profail Syarikat


Assalamualaikum WBT,

Pertama sekali kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian anda melawati halaman web tantarinature.com.my. Untuk makluman anda, halaman web tantarinature.com.my ini adalah halaman web yang dimilikki sepenuhnya oleh syarikat Tantari Nature yang beroperasi di Lot 772, Batu 1, Jalan Endau, 86800 Mersing, Johor. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No. Pendaftaran JM0654768-D) syarikat kami adalah syarikat berstatus Bumiputera dan terlibat secara langsung dengan perkhidmatan pembersihan, pembekalan peralatan serta bahan-bahan pembersihan, membekalkan bahan makanan basah dan kering, menyelenggara bangunan, menyediakan sewaan jentera, membekalkan pakaian berjahit dan membekalkan baja dan racun serangga.

Membekalkan sabun basuh pakaian, sabun pencuci pelbagai guna, sabun pencuci tandas, sabun gel pencuci berubat dettol dan sabun pencuci tangan adalah antara produk utama kami. Kami mempunyai pengeluar sabun (pelbagai jenis) yang beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru. Kami bermatlamat menjadi pembekal sabun pencuci dan bahan pencuci chemical terkemuka di seluruh negara. Kami juga menggalakkan kepada orang persendirian atau organisasi syarikat yang berminat menjadi pengedar atau pemborong bekalan sabun basuh dan pencuci chemical kami.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk sabun pencuci dan sabun pencuci chemical yang kami sediakan, anda boleh meneruskan dengan mengakses keseluruhan halaman web tantarinature.com.my ini kerana kami mempunyai pelbagai jenis produk sabun pencuci yang mungkin bersesuaian dengan keperluan anda.

Akhir kata dari kami, terima kasih di atas lawatan anda dan kami berharap apa yang kami sediakan di halaman web ini dapat memberi pengetahuan dan informasi ang berguna untuk anda.

Sekian,
Terima Kasih.

Ikhlas.
Admin tantatinature.com.my

0 comments: